[WACANA SINAR] KWSP 2.0: Tak beri, merajukkah rakyat?

2023-02-08 1,910

[WACANA SINAR] KWSP 2.0: Tak beri, merajukkah rakyat?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan maksimum RM50,000 atau 50 peratus daripada akaun satu simpanan pencarum.

Desakan itu dibuat berikutan masih ramai rakyat mendakwa tidak mampu bangkit meneruskan kehidupan seharian walaupun negara sudah di peringat fasa endemik.

Persolannya, adakah membenarkan pengeluaran KWSP 2.0 itu menjadi jalan keluar kepada rakyat atau sekadar penyelesaian jangka pendek?

Bagaimana pula jika kerajaan enggan bersetuju?

Saksikan Wacana Sinar siri 383 ‘KWSP 2.0: Tak beri, merajukkah rakyat?’ bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, Penganalisis Ekonomi, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid dan Presiden Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia, Jannahtul Ain Jaafar pada Selasa, 7 Februari 2023, jam 8.30 malam secara langsung di media sosial Sinar Harian.

Muzik: www.bensound.com

#WacanaSinar
#SinarUntukMalaysia
#SinarHarian